Tarikh jawapan: 15.01.2025
Menjual produk tiruan melanggar Akta Perihal Dagangan 2011 (Trade Descriptions Act) kerana penjual membuat pernyataan palsu tentang keaslian barangan. Pengedar atau penjual boleh dikenakan denda maksimum RM250,000 (untuk pertubuhan) atau RM100,000 (untuk individu) atau penjara 3 tahun, atau kedua-duanya. Di samping itu, pemilik jenama boleh menuntut ganti rugi sivil di bawah undang-undang cap dagangan. Peniaga atas talian mesti mengesahkan kesahihan produk dan tidak boleh mendakwa 'original' jika palsu. Platform e-dagang pun boleh ditegur jika mereka tidak menapis penjual yang menjual produk tiruan.