Tarikh jawapan: 30.12.2024
CSR merujuk kepada aktiviti yang dijalankan syarikat demi menyumbang kepada masyarakat dan alam sekitar, melangkaui kepentingan keuntungan. Di Malaysia, tiada kewajipan undang-undang khusus yang mewajibkan CSR bagi semua syarikat, kecuali syarikat tersenarai perlu melaporkan inisiatif tanggungjawab sosial melalui Laporan Kelestarian. Ini adalah pendekatan 'pasaran' di mana syarikat digalakkan mempamerkan kepekaan sosial demi reputasi. Walaupun tiada peruntukan tegas, trend semasa menuntut syarikat lebih telus dalam aspek ESG (Environmental, Social, Governance).