Tarikh jawapan: 03.01.2025
Ya, Jabatan Insolvensi Malaysia menyediakan perkhidmatan semakan status kebankrapan di portal e-Insolvensi. Dengan memasukkan butiran kad pengenalan individu, kita boleh menyemak jika dia diisytihar bankrap. Perkhidmatan ini berguna bagi majikan, institusi kewangan, atau sesiapa yang ingin mengesahkan status kebankrapan seseorang. Walau bagaimanapun, tertakluk kepada syarat-syarat privasi dan legitimasi tujuan semakan.