Tarikh jawapan: 22.11.2024
Rayuan dari award Mahkamah Perusahaan boleh dibawa ke Mahkamah Tinggi, tetapi terhad kepada persoalan undang-undang. Fakta dan penemuan Mahkamah Perusahaan biasanya tidak boleh dipertikaikan kecuali berlaku kekhilafan serius. Mahkamah Tinggi meneliti sama ada Mahkamah Perusahaan tersalah tafsir peruntukan undang-undang atau melanggar prinsip keadilan. Jika masih tidak berpuas hati, boleh seterusnya ke Mahkamah Rayuan atas persoalan undang-undang. Proses ini boleh mengambil masa lama dan memerlukan peguam, jadi kebanyakan kes selalunya berakhir di Mahkamah Perusahaan melainkan isu prinsip penting timbul.