Tarikh jawapan: 13.11.2024
Tiada akta khusus 'cyberstalking' di Malaysia, namun perbuatan mengejar, menghendap digital, menghantar mesej gangguan berterusan boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan (gangguan, intimidasi jenayah) atau Seksyen 233 AKM 1998 (komunikasi menyinggung). Jika terdapat elemen seksual, boleh disiasat sebagai gangguan seksual. Mangsa boleh melaporkan pada polis, sertakan bukti teks atau tangkapan skrin. Pihak berkuasa menilai keseriusan ancaman. Langkah injunksi juga boleh dipohon jika gangguan eskalasi. Terdapat usaha NGO menuntut rang undang-undang anti-gangguan seksual dan anti-stalking, namun setakat ini, penyelesaian berpandu undang-undang sedia ada.