Tarikh jawapan: 26.11.2024
Pengambilan tanah oleh kerajaan diurus di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Pejabat tanah akan menilai hartanah berasaskan nilai pasaran semasa serta elemen lain (misalnya kedudukan, potensi pembangunan). Pemilik dipanggil ke siasatan, dan notis tawaran pampasan dikeluarkan. Jika pemilik rasa jumlah itu tak adil, mereka boleh bantah di hadapan Mahkamah Tinggi. Mahkamah akan mendengar keterangan penilai bertauliah bagi menaksir pampasan lebih wajar. Kos guaman dan faedah juga boleh dituntut. Objektif utama adalah pampasan adil untuk kerugian pemilik.