Tarikh jawapan: 01.11.2024
Dalam analisis kompetisi, ‘overcharge’ merujuk kepada lebihan harga dibayar pengguna berbanding situasi kompetitif. Kartel mengekalkan harga lebih tinggi, jadi ‘overcharge’ menunjukkan berapa banyak keuntungan tambahan diperoleh secara anti persaingan. ‘Deadweight loss’ pula menggambarkan kerugian kebajikan ekonomi kerana ada pengguna yang tidak mampu/mau beli pada harga tinggi, walaupun sebenarnya boleh membeli dalam pasaran kompetitif. Kedua-dua konsep ini membantu menilai sejauh mana kartel merugikan pasaran. MyCC menimbangkan unsur ini semasa menetapkan penalti dan mengukur kesan.