Tarikh jawapan: 24.12.2024
Pertama, tubuhkan jawatankuasa penaja (minimum tujuh orang), sediakan draf perlembagaan persatuan merangkumi nama, matlamat, keanggotaan, dan struktur pentadbiran. Kemudian hantar borang permohonan beserta yuran ke Pendaftar Pertubuhan (ROS). Jika diluluskan, NGO akan menerima sijil pendaftaran. Seterusnya, boleh membuka akaun bank atas nama NGO dan menjalankan aktiviti kebajikan secara sah.