Tarikh jawapan: 16.01.2025
Mahkamah Syariah atau Sivil jarang menganugerahkan pampasan moral (pain and suffering) semata-mata kerana emosi terdera. Biasanya pampasan lebih tertumpu kepada nafkah, mut’ah, atau maintenance di bawah undang-undang keluarga. Walau bagaimanapun, jika penderaan emosi mendatangkan kesan psikiatri serius, boleh mohon di mahkamah sivil sebagai tort (gangguan emosi). Hal ini tidak lazim dalam amalan Malaysia. Bagi orang Islam, Mahkamah Syariah tak kerap beri pampasan khas trauma, kecuali mungkin menambah mut’ah. Ada kes tertentu isteri menuntut gantirugi moral, tetapi masih relatif jarang diiktiraf penuh.