Tarikh jawapan: 30.12.2024
Setiap tender menetapkan tempoh sah laku (biasanya 90 atau 120 hari) di mana harga dan syarat tawaran tak boleh diubah. Kerajaan memerlukan masa menilai. Jika penilaian lewat, kerajaan boleh memohon lanjutan tempoh sah laku. Pembida boleh bersetuju atau menolak. Jika menolak, penawaran terbatal. Jika bersetuju, dia terikat lanjut. Apabila lanjutan dipersetujui, jaminan bank (bid bond) pun mungkin diperpanjang. Proses ini penting bagi memastikan penender masih sanggup memegang harga walau penilaian tertangguh. Ia melindungi kerajaan daripada kenaikan harga mendadak selepas tarikh asal.