Tarikh jawapan: 19.01.2025
Mahkamah Buruh membolehkan pekerja menuntut tunggakan gaji, elaun, pampasan notis, dsb. sehingga RM50,000 tanpa perlu peguam. Prosesnya lebih mudah dan kos rendah. Pekerja mengadu ke Jabatan Tenaga Kerja, Pegawai penyiasat panggil majikan, jika tiada penyelesaian, kes dirujuk Mahkamah Buruh di hadapan Pegawai Buruh. Keputusan boleh dikuatkuasakan seperti perintah mahkamah. Kelebihannya ialah prosedur ringkas, tiada yuran mahal, masa lebih singkat berbanding Mahkamah Sivil. Namun jika amaun melebihi RM50,000 atau isu lebih rumit, mungkin perlu rujuk Mahkamah Perusahaan atau guaman sivil.