Tarikh jawapan: 03.11.2024
Sistem ‘contractor for labour’ wujud apabila sebuah agensi pembekal tenaga kerja menugaskan pekerja kepada syarikat lain. Dalam keadaan ini, jika kontraktor tenaga kerja sekadar ‘orang tengah’ dan syarikat utama mengawal kerja, jadual, gaji, mungkin pekerja sebenarnya pekerja syarikat utama. Tapi, undang-undang Malaysia membenarkan contractor for labour jika dipatuhi Akta Kerja 1955. Pekerja akan menandatangani kontrak dengan agensi, namun majikan utama tak boleh lepas tangan ke atas tanggungjawab jika mereka benar-benar mengawal pekerja. Mahkamah boleh menilai ‘substance over form’ untuk menentukan siapakah majikan sebenar.