Tarikh jawapan: 31.12.2024
Amalan terbaik termasuk mewujudkan polisi dalaman yang mensyaratkan pengarah segera dedah sebarang konflik kepentingan sebelum keputusan dibuat. Pengarah yang terlibat wajib menarik diri daripada perbincangan dan pengundian. Rekod minit mesyuarat perlu mencatat proses itu dengan jelas. Syarikat juga boleh menubuhkan Jawatankuasa Audit atau Jawatankuasa Tadbir Urus yang pantau potensi konflik. Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia mengesyorkan penilaian tahunan ke atas pengarah bagi memantau ketelusan. Semua langkah ini memastikan keputusan diambil demi kepentingan syarikat, bukannya kepentingan peribadi pengarah.