Tarikh jawapan: 04.01.2025
Pemilik hak cipta boleh memfailkan aduan ke SKMM untuk memohon sekatan laman cetak rompak, atau boleh menuntut pampasan sivil di bawah Akta Hak Cipta 1987. Mereka juga boleh bekerjasama dengan pihak polis bagi menyita salinan cetak rompak. Dalam kes laman perkongsian fail, SKMM boleh mengarahkan ISP menyekat akses. Proses takedown mungkin mengambil masa, bergantung pada kerjasama antarabangsa jika server di luar negara. Namun, Syarikat perisian juga menggunakan sistem notis DMCA (jika laman itu berpangkalan di AS) untuk menurunkan kandungan. Malaysia tidak mempunyai DMCA setempat, tetapi principle notice-and-takedown boleh diaplikasi, asalkan melibatkan kerjasama penyedia hosting.