Tarikh jawapan: 19.12.2024
Dalam sewa beli (termasuk 'hire purchase' kenderaan atau rumah skim khas), jika si penyewa beli gagal bayar, pemiutang boleh menarik balik harta melalui prosedur perundangan. Jika baki hutang masih melebihi RM100,000 selepas penarikan, pemiutang boleh memfail kebankrapan. Bagi rumah, jika didaftarkan atas pembiayaan pinjaman perumahan, bank mempunyai hak lelong sekiranya bayaran tak dijelaskan. Hutang perbezaan boleh dikejar terhadap penghutang, menjerumuskan ke kebankrapan jika tak mampu bayar.