Tarikh jawapan: 09.01.2025
Tribunal Tuntutan Pengguna (TTPM) mempunyai bidang kuasa bagi tuntutan sehingga RM50,000 melibatkan pengguna. Jika anda sebagai individu membeli perkhidmatan logistik untuk kegunaan peribadi (bukan perniagaan) dan barang rosak akibat kecuaian, anda boleh memfailkan tuntutan di TTPM. Tribunal akan menilai sama ada syarikat logistik melanggar kontrak atau bertindak cuai. Jika terbukti, TTPM boleh arahkan pembayaran pampasan. Namun, jika nilai melebihi RM50,000 atau sifat kes lebih komersial, mungkin perlu ke Mahkamah Sivil. TTPM memudahkan penyelesaian pantas, kurang kos guaman, tetapi syarikat logistik boleh berhujah had liabiliti kontrak. Tribunal akan lihat sama ada klausa had liabiliti itu adil atau sebaliknya.