Tarikh jawapan: 14.11.2024
Kontrak profesional sering menyatakan tanggungjawab kelab membiayai kos rawatan kecederaan yang berlaku semasa latihan atau perlawanan rasmi. Atlet juga mempunyai insurans perubatan jika diperuntukkan oleh majikan atau diambil sendiri. Dalam sukan amatur, tanggungan lebih bergantung pada persetujuan sukarela dan insurans penganjur. Undang sukan menuntut persatuan menyelenggara mekanisme keselamatan, tetapi tidak semua sukan menguatkuasakan insurans mandatori. Jika kecederaan berpunca dari kecuaian penganjur (contoh permukaan padang rosak), atlet boleh tuntut ganti rugi di mahkamah.