Tarikh jawapan: 20.01.2025
Di Malaysia, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) terpakai bagi entiti komersial yang memproses data peribadi. Kedai runcit yang mengumpul maklumat pelanggan untuk kad ahli atau program loyalty perlu mendapatkan persetujuan jelas, memaklumkan tujuan pengumpulan, memastikan keselamatan data, dan tidak berkongsi data tanpa kebenaran. Jika berlaku kebocoran data atau penggunaan melampaui tujuan, peniaga boleh disiasat oleh Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan dikenakan penalti. Harus juga sediakan mekanisme untuk pelanggan minta data diubah atau dihapus.