Tarikh jawapan: 29.11.2024
Ya, Bank Negara Malaysia (BNM) mengawasi syarikat e-Wallet, dompet digital, dan fintech di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, bergantung pada model perniagaan. Syarikat mestilah mendapat kelulusan BNM sebelum menawarkan e-Wallet. BNM menetapkan syarat keselamatan siber, perlindungan dana pengguna, dan melaksanakan garis panduan e-pembayaran. Syarikat e-Wallet hendaklah melaporkan transaksi mencurigakan untuk membendung penipuan dan pengubahan wang haram. Seiring dengan evolusi teknologi, BNM giat menilai risiko dan menerbitkan garis panduan baharu untuk mengawal ekosistem fintech.