Tarikh jawapan: 14.12.2024
Platform seperti Grab beroperasi secara digital, jadi mereka terikat dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dari aspek penggunaan rangkaian komunikasi. Namun, segi pengangkutan awam, mereka perlu mematuhi syarat kelulusan APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat) di bawah model e-hailing. Tambahan lagi, isu data pemandu dan penumpang tertakluk kepada APDP. Sekiranya berlaku kandungan terlarang, spam, penipuan, SKMM boleh menyiasat. Di luar itu, penentuan tarif, persaingan dengan teksi konvensional, semuanya memerlukan pengawalseliaan yang seimbang, melibatkan Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya persaingan, jika timbul isu anti-persaingan.