Tarikh jawapan: 01.11.2024
Pengangkatan di Malaysia diurus melalui dua mekanisme: (1) pengangkatan sivil di bawah Akta Pengangkatan 1952 (bagi bukan Islam atau anak tak sah taraf), difailkan di Mahkamah Sivil. (2) pengangkatan Syariah (anak saudara-mara dalam kalangan Islam), tapi amalan ini selalunya tak mengubah nasab syarie. Bagi anak Islam, status bin atau binti tidak diubah, sekadar tanggungjawab memelihara. Orang Islam masih boleh guna saluran sivil jika menepati syarat. Walau bagaimanapun, hukum Faraid tidak terjejas kerana anak angkat tidak mewarisi secara automatik. Setiap prosedur perlu kelulusan mahkamah, laporan kebajikan JKM, dan mematuhi syarat tertentu.