Tarikh jawapan: 13.01.2025
Langkah pertama ialah membuat aduan rasmi kepada pihak pengurusan hospital atau Pejabat Kesihatan Daerah. Selain itu, anda boleh menghantar aduan terus ke Bahagian Perkembangan Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sekiranya melibatkan kecuaian serius atau salah laku doktor, anda juga boleh mengemukakan aduan kepada Majlis Perubatan Malaysia. Bagi tindakan guaman, pesakit boleh mendapatkan nasihat peguam untuk menilai liabiliti kecuaian. Setiap saluran aduan mempunyai prosedurnya sendiri, dan penting untuk mengumpul bukti seperti rekod perubatan dan laporan profesional.