Tarikh jawapan: 16.01.2025
Jika anda menjadi saksi jenayah siber dan membuat laporan kepada polis atau SKMM, identiti anda dilindungi mengikut tatacara siasatan biasa. Walau bagaimanapun, tiada akta khas 'perlindungan saksi siber'. Dalam kes sensitif, pihak berkuasa boleh mengambil langkah merahsiakan maklumat peribadi saksi agar tidak didedahkan, selagi ia tidak menafikan hak tertuduh untuk pembelaan adil. Program Perlindungan Saksi (Akta Perlindungan Saksi 2009) boleh digunakan jika kes berprofil tinggi dan nyawa saksi terancam. Namun, ini bergantung kepada penilaian Jabatan Peguam Negara dan polis.