Tarikh jawapan: 04.11.2024
Umumnya, pas lawatan sosial jangka panjang (LTSVP) tidak membenarkan bekerja secara automatik. Isteri warga asing perlu memohon 'Endorsement to Work' dari Jabatan Imigresen jika mahu bekerja. Majikan perlu mengemukakan tawaran kerja. Imigresen akan pertimbang sama ada kelulusan diberi berdasarkan kelayakan, jenis pekerjaan, dll. Jika tiada kebenaran spesifik, bekerja akan melanggar syarat pas. Baru-baru ini, polisi bertambah fleksibel, tetapi wajib merujuk pejabat Imigresen untuk pengesahan.