Tarikh jawapan: 01.11.2024
Pencemaran bunyi juga diatur di bawah peraturan Akta Kualiti Alam Sekeliling. Ada had desibel tertentu bergantung pada zon (kediaman, perindustrian). Anda boleh lapor kepada JAS atau pihak berkuasa tempatan. Jika disahkan kilang melanggar syarat, mereka diarahkan mengambil langkah kawalan bunyi atau menukar masa operasi. Anda juga boleh memfailkan tindakan sivil berdasarkan kacau ganggu (nuisance) untuk tuntut pampasan jika kerugian atau gangguan serius.