Tarikh jawapan: 07.12.2024
Menyediakan ‘harga cadangan’ boleh mendorong keseragaman harga dan mengurangkan persaingan di kalangan ahli. Dalam amalan, MyCC memandang ini berbahaya kerana berpotensi jadi titik rujukan untuk penetapan harga seragam. Malah jika disebut ‘cadangan’, jika realitinya memberi kesan penetapan harga, itu dilarang. Persatuan boleh kongsi maklumat am pasaran, tapi tidak boleh memacu kesepakatan harga. Perlu tegas bahawa setiap ahli kekal bebas tentukan harga. Jika ada bukti ‘cadangan’ ini mempengaruhi keputusan harga, boleh disiasat.