Tarikh jawapan: 09.01.2025
Ya, jika pemilik kapal bankrap dan memiliki hutang bercagar atau maritim lien terhadap kapal, pemiutang boleh memohon mahkamah admiralti menahan kapal. Selepas perbicaraan, sekiranya keputusan memihak pemiutang, mahkamah boleh memerintahkan lelongan kapal. Hasil jualan diagihkan mengikut keutamaan tuntutan — misalnya gaji pelaut, tuntutan salvage, pemiutang bercagar, dan pemiutang tidak bercagar di belakang sekali. Ini adalah prosedur penjualan kehakiman (judicial sale). Selepas itu, pembeli mendapatkan hak milik kapal bebas daripada bebanan lampau.