Tarikh jawapan: 28.12.2024
Proses pengadilan sukan kerap lebih pantas, khusus, dan dijalankan oleh panel yang arif dalam selok-belok sukan. Contohnya, CAS mempunyai hakim berpengalaman dalam undang sukan. Prosedur ringkas, kos terkawal, dan keputusan selalunya muktamad. Berbanding mahkamah sivil yang penuh formaliti guaman, mahkamah sukan menumpu fakta teknikal sukan. Kelebihan lain: kerahsiaan, tak menjejaskan reputasi atlet secara berlebihan, boleh menjaga hubungan masa depan. Namun, bagi isu jenayah atau tuntutan sivil yang kompleks, mahkamah biasa mungkin diperlukan. Timbang tara sukan direka untuk soal disiplin, doping, pertikaian kontrak sukan semata-mata.