Tarikh jawapan: 19.11.2024
Secara amnya, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merupakan agensi utama yang mengurus dan menguatkuasakan sebahagian besar undang-undang percukaian Malaysia, terutamanya berkenaan cukai pendapatan individu dan syarikat, serta duti setem. Jabatan Kastam Diraja Malaysia pula bertanggungjawab ke atas cukai tidak langsung, seperti cukai jualan dan perkhidmatan (SST), duti import/eksport dan cukai-cukai lain yang berkaitan. Kedua-dua agensi ini memainkan peranan penting dalam memastikan pematuhan dan kutipan cukai dijalankan dengan efisien.