Tarikh jawapan: 29.11.2024
Prinsip non-intervention bermaksud setiap negara berdaulat berhak menguruskan urusan dalamannya sendiri tanpa campur tangan luar. Ia diperakui dalam Piagam PBB dan Konvensyen berkaitan. Pengecualian terhad apabila Majlis Keselamatan PBB membenarkan tindakan kolektif menjaga keamanan dunia atau apabila negara tersebut memohon bantuan. Walaupun ada kes di mana negara kuat mungkin mencampuri atas pelbagai alasan (hak asasi, R2P), hal ini masih menimbulkan kontroversi undang-undang dan geopolitik.