Tarikh jawapan: 27.11.2024
Menjual dan mengedar produk tiruan melanggar Akta Perihal Dagangan 2011 kerana menipu perihal kualiti atau jenama. Anda boleh melaporkan penjual kepada KPDN atau polis. Dari segi hak pengguna, jika anda tersedar barangan tersebut palsu dan mengalami kerugian, anda boleh menuntut ganti rugi atau memfailkan kes di Tribunal Tuntutan Pengguna, bergantung pada nilai dan kesannya. Peniaga yang menciplak jenama boleh dikenakan hukuman denda tinggi atau penjara. Pastikan anda simpan bukti pembelian dan perbandingan dengan jenama asli supaya mudah membuktikan penipuan.