Tarikh jawapan: 24.01.2025
Skim ansuran di Malaysia dikawal oleh Akta Sewa Beli 1967 dan beberapa peraturan perlindungan pengguna. Peniaga wajib nyatakan jumlah tunai sebenar, kadar faedah (jika ada), jumlah ansuran, dan penalti jika lewat. 'Tanpa faedah' harus bermakna benar-benar sifar faedah, bukan menambah kos di tempat lain. Jika term syarikat kelihatan berat sebelah, contohnya penalti berlipat ganda atau kos tersembunyi, pengguna boleh mencabar di Tribunal Tuntutan Pengguna. Pastikan anda membaca kontrak sepenuhnya dan menolak perjanjian jika didapati meragukan. Laporkan praktik yang menipu kepada KPDN untuk tindakan tegas.